About Me

My photo
kehidupan menuntut ilmu tidak lari dari adab yang lahir dari hati yang sejahtera dan diterjemahkan dengan perbuatan dan amalan harian yang berakhlak baik.

Wednesday, May 21, 2014

Ziarah ke negeri serambi mekah yang ke-3

cuti midsem baru-baru ni, ikutkan ingin pulang ke pahang,raya haji pun tak pulang sebab atas arahan beraya saja di kedah, akhirnya cuti midsem pun tak pulang ke pahang,terus membuat keputusan untuk ke Kelantan,antara negeri yang paling diminati selain negeri Selangor.

keputusan dibuat atas alasan sudah banyak kali cancel untuk ke sana,atas banyak komitmen yang tidak dapat dielakkan di uum,akhirnya tugasan yang bertimbun terpaksa ditinggalkan,bila muhasabah semula ,urusan dunia tu tidak habis-habis selagi belum menemui liang lahad, kenapa tidak berkorban sedikit sahaja untuk urusan akhirat yang kekal abadi.

atas beberapa sebab, aku dan beberapa orang sahabat sepengajian sementara, tidak sempat untuk melawat guru kami, Allahyarham Ustaz Rahim yang telah meninggal dunia atas sebab keuzuran ,semoga Allah merahmati roh beliau,insyaAllah amiinn..

walaupun berada di sana tidak sampai seminggu,banyak perkara dan kata-kata hikmah yang dapat diambil bersama teman sepengajian yang kekal,serta guru-guru yang sentiasa ikhlas dalam memberi ilmu beliau.
seorang baba(gelaran kepada seorang alim yang belajar di patani) mengajar kami kitab tauhid dan sempat belajar dengan beliau tentang perbualan dalam bahasa arab.

antara yang diselitkan didalam kata-kata nya , antaranya menjaga adab-adab dalam pemakanan. dengar macam ringkas saja,macam perkara ringan,tapi sangat dititikberatkan oleh baba,

"bila nak makan di kedai makan, lihat siapa tukang masak di kedai tersebut,jika tukang masak tersebut tidak menutup aurat,tidak menjaga solat dan melakukan perkara-perkara yang ditegah Allah,seluruh keperibadian yang dimiliki oleh tukang masak tersebut akan masuk ke dalam makanan tersebut lalu dimakan oleh kita "

tambah baba; '' tangan orang soleh yang alim dan banyak berzikir itulah lebih baik apabila memasak kerana segala yang ada padanya melalui keperibadiannya akan jatuh kedalam makanan yang dimasak lalu dimakan dan sebati di dalam badan si pemakan''

seorang sepupu yang juga teman sepengajian menambah selepas aku ceritakan kepada beliau,
''orang soleh apabila makan di kedai makan,nilai kesolehannya sedikit demi sedikit boleh jatuh kerana pemakanan seperti itu(daripada tukang masak yang terbabit dalam kemaksiatan),apabila seseorang itu makan lalu orang yang berada di sebelahnya rasa teringin akan makanan yang dimakannya tersebut,itu seperti kita tidak memenuhi keinginannya walaupun hanya pada makanan yang kita makan saja''

sempat sepupu menyapa tentang kehidupan di uum,:''dah jumpa jodoh ke kat sana? =,=' ,tersenyum,tergelak semua keluar,;''takdelah, fardhu ain rase belum lepas lagi,tak mampu untuk didik diri lagi,,'' :)

kitab tasawwuf yang dibacakan oleh ustaz azri membawa diri kepada muhasabah atas tiap-tiap perkara yang dilakukan, memang benar apa yang dikatakan oleh imam as-syafie;
"ilmu itu adalah cahaya, dan tidak akan masuk kepada orang yang membuat maksiat" ..tetapi ilmu itu jugalah yang boleh membawa hati seseorang itu hidup dan bercahaya,kerana ilmu itu datangnya dari al-Quran, dan Hadith.

banyak perkara yang dapat dipelajari sepanjang ziarah disana,rasanya memang tidak cukup page untuk cerita sepanjang ziarah disana walaupun hanya seminggu,antara pengalaman yang baru adalah mempelajari adat kebiasaan orang kelantan dimana apabila tibanya saat pengkebumian jenazah,adalah kebiasaan masyarakat kelantan akan tidur kubur bagi menjaga di kawasan kubur. kebetulan tempoh masa bagi menjaga kubur Allahyarham ustaz Rahim masih berbaki beberapa hari lagi,aku mengambil kesempatan untuk bersama sahabat sepengajian untuk tidur di kubur.(banyak perkara pelik yang tidak diceritakan selama penjagaan kubur tersebut)

nasihat demi nasihat diberi agar diri tidak terpesong dari akidah yang sohih, serta peringatan mengenai adab turut tidak terkecuali, rasa diri kerdil bila bersama sahabat sepengajian disana. ada yang sudah mampu menjadi tenaga pengajar disana, Alhamdulillah.

kata-kata yang sangat ingin aku mendengar saat ingin bertolak semula ke kedah iaitu : "datanglah lagi melawat ke sini(di dalam hati berbisik, Alhamdulillah kerana mengalu-alukan kedatanganku, walaupun aku bukanlah orang yang terpilih seperti mereka yang setiap hari didalam majlis ilmu,majlis zikir,yang mana jalan-jalan yang mereka tempuh setiap hari,setiap masa,diminta oleh hidupan di darat dan di laut kepada Allah agar diberi kan keampunan kepada para penuntut ilmu, para malaikat menghamparkan sayapnya ke atas penuntut ilmu atas tanda redha mereka ke atas penuntut ilmu serta jalan-jalan bagi menuntut ilmu,dimudahkan Allah jalan ke syurga, wallahu'alam..

p/s; " jika ada rezeki,sambutlah maulid kat sini nanti",pesan sepupu,.berfikir sejenak mengenai urusan serta komitmen yang tidak sudah,jawabku ringkas :" insyaALLAH"  :)





teman sepengajian.



selepas khatam kitab dan sedikit jamuan ringan bagi menghargai jasa Abang Zaki yang mengajar kami dalam ilmu tauhid,fiqh dan tasawwuf,serta bahagian-bahagian di dalam bahasa arab..beliau mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian di pasir tumbuh untuk berkhidmat menabur bakti menyampaikan risalah ilmu di kampung halaman.

No comments:

Post a Comment