About Me

My photo
kehidupan menuntut ilmu tidak lari dari adab yang lahir dari hati yang sejahtera dan diterjemahkan dengan perbuatan dan amalan harian yang berakhlak baik.

Friday, October 31, 2014

Para Habaib di Nusantara


seorang sahabat bertanya kepada ku:

kenapa sekarang tiba-tiba ada qasidah?,

kenapa sekarang baru ada golongan yang mengaku keturunan Rasulullah?

kenapa setiap kali ada majlis,mesti nak buat qasidah?

bab ni aku cuba tenangkan diri bagi menjawab persoalannya,pendekatan dengan kasih sayang perlu, supaya tidak timbul pergaduhan yang membawa perpecahan.

Pernah aku terbaca dari blog seorang Ustaz bernama Ustaz Hayat dari Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh,dan setahu aku,aku pernah bersua dengan beliau sekali di pusat rawatannya. Beliau merupakan salah seorang ahli tareqat Naqsyabandi yang sentiasa mengadakan majlis zikir di Temerloh Pahang. Di dalam blog beliau memetik dari kata-kata di dalam kuliah Ustaz Mustafa Kamal yang mana menceritakan mengenai perkara-perkara atau usaha musuh-musuh Islam untuk melemahkan umat Islam itu sendiri.

Habib Omar Al-Hafiz bersama TG Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni di Dar Mustafa,Tarim Hadramaut,Yaman.


 Diantara yang aku ingat adalah dengan menjauhkan umat dengan tasawwuf kerana tasawwuf antara asbab tenaga spritual atau tingginya tingkat kerohanian dan dekat hatinya dengan Allah. Ini bertepatan dengan cerita dari seorang Kiai(gelaran bagi orang alim di indonesia) menceritakan kepada kami sewaktu di Kelantan. Sewaktu penjajah menjajah Indonesia, matlamat utama mereka bukanlah harta kekayaan di Nusantara. Menjadi pengajaran besar bagi musuh-musuh Islam selepas kalah pada Perang Salib,mereka cuba jauhkan hati ummat dengan Allah melalui menjauhkan ilmu tasawwuf. Tambahan kiai tersebut,ilmu atau kitab-kitab Tasawwuf karangan Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani telah dikutip hampir keseluruhan kerana mereka tahu bahawa tasawwuf itu sumber kekuatan umat Islam dalam berjuang dan berjihad di jalan Allah.

Habib Ali Zainal Abidin; Ampang Berselawat


Selain itu juga, qasidah atau syair yang diperakui wujud semenjak zaman Rasulullah s.a.w sendiri telah dilabelkan satu amalan bida'ah dholalah ataupun syirik oleh golongan ekstrim seperti wahabi yang menggelarkan diri mereka berpegang pada "Salaf" . Qosidah atau Syair yang memuji Baginda s.a.w telah bermula daripada salah seorang sahabat Rasulullah seperti Saidina Hassan Bin Tsabit dan beberapa orang sahabat lagi seperti Saidina Abdullah ibnu Rawahah dan beberapa orang lagi yang saya sendiri lupa. Walhasil, syair atau qasidah hakikatnya digunakan pada zaman Rasulullah sebelum peperangan bagi menaikkan semangat umat islam dan meruntuhkan semangat tentera-tentera musyrikin semasa berperang. Syair daripada Saidina Hassan bin Tsabit sendiri diperakui oleh Baginda s.a.w dimana Rasulullah bersabda kepada Saidina Hassan bin Tsabit  bahawa semasa Saidina Hassan melantunkan syair,malaikat Jibril bersama Saidina Hassan. Malah sewaktu Saidina Omar memarahi Saidina Hassan bin Tsabit yang sedang bersyair memuji Baginda s.a.w di Masjid Nabawi,Rasulullah bersabda bahawa syair yang dilantunkan oleh Saidina Hassan adalah lebih tajam dari mata tombak.

Habib Syech : (SELAWAT PERDANA) Malam Cinta Allah dan Rasul


Lemahnya umat Islam kerana jauhnya hati ummat dengan junjungan besar,kekasih Allah, Sayyidina Muhammad s.a.w. Idola dari kalangan ummat Islam rata-rata kepada makhluk yang tidak selayaknya dijadikan idola,dipuji apatah lagi sekiranya idola mereka adalah orang yang kafir. Para artis dan pemain bola sepak lebih mereka kenali berbanding Rasulullah dan para sahabat serta golongan tabi' tabi'en dan alim ulama. Jika direnung tentang sirah para sahabat bersama Baginda Rasulullah, cinta mereka kepada Baginda s.a.w adalah lebih tinggi berbanding cinta mereka kepada keluarga,harta dan anak pinak. Dan hakikat cinta seseorang itu kepada Rasulullah adalah hakikat cinta kepada Allah. orang yang mengaku bahawa mereka cinta Allah tanpa cinta Rasulullah adalah tidak benar sama sekali.


Kemunculan para Habaib atau Habib di bumi Nusantara semenjak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi inspirasi baru buat para umat islam di Tanah Melayu. Kedatangan mereka membawa risalah Nabawiyyah yang mana mengajak hati umat kembali kepada Rasulullah s.a.w.



Hakikat daripada sejarah Tanah Melayu diceritakan oleh Habib Omar bin Salim Al-Hafidz bahawa islam sampai di tanah melayu adalah dengan usaha dakwah ahlul bait iaitu keturunan Rasulullah yang diberi gelaran Habib.
Islam yang dibawa dibumi Nusantara ini adalah dengan cara yang penuh berhikmah, tiada pertumpahan darah dan sangat berakahlak menyebabkan Sultan telah memeluk agama islam dan diikuti para masyarakat negeri jajahannya. Oleh yang demikian,kedatangan para Habib telah tiba dengan awalnya kedatangan Islam di bumi Nusantara ini.

Nama-nama besar Ulama ahlul bait seperti Almarhum Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani Al-Makki merupakan ulama besar sufi bertaraf muhaddith,pengarang kepada ratusan kitab,



Habib Omar bin Salim Al-Hafidz merupakan ulama besar Tareem Hadramaut Yaman yang merupakan Mudir kepada Dar Mustofa,

Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri

Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid (Pimpinan Majlis Taalim Darul Murtadza,Malaysia)

Habib Munzir Al-Musawa (Pimpinan Majlis Rasulullah)
Habib Jindan bin Novel

Habib Kadzim As-Saggaf

Habib Syech Abd Qodir As-Saggaf

''Anta Maa Man Ahbabta(kamu akan bersama dengan siapa yang kamu cintai)"

tidak dapat untuk aku sertakan gambar para habaib yang lain, yang aku harapkan agar dikekalkan aku di dalam aqidah ahlu sunnah wal jamaah al-assyairah dan bersama-sama mereka dalam perjuangan dakwah islam ^^

Thursday, October 30, 2014

kata-kata Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari mengenai muslimat.




Kata Syeikh Nuruddin Al Banjari "

Keadaan seorang perempuan yang paling dekat dengan keredhaan Allah Taala adalah ketika mereka berada di dalam rumahnya jauh daripada pandangan lelaki. Jikalau seseorang perempuan itu berkenan untuk melamar lelaki yang diminatinya itu maka dia boleh lah menggunakan pendekatan yang lebih baik seperti memberitahu kepada orang lain untuk menyatakan hajatnya kepada lelaki yang diminatinya bukannya memperagakan kecantikannya mundar mundir ke sana dan ke sini baik secara langsung ataupun tidak dengan memasukkan di dalam facebook dan seumpamanya sehingga menjadi tontonan lelaki ajnabi. Ketahuilah harga diri perempuan itu lebih mahal daripada berlian.Jikalauberlian pun dijaga dan disimpan dengan rapi bagaimana pula dengan harga diri seorang perempuan. "


Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki pernah ditanya perempuan afdhal solat Fardhu dimana?

Jawab Syeikh, perempuan afdhal solat di Rumah.
Kita ikut pedoman Hadith, perempuan solat ditempat yang semakin tersembunyi pandangan dari orang ramai maka ianya semakin afdhal. Perempuan lebih afdhal solat diRumah berbanding masjid, tapi dari segi pahala lebih afdhal di Masjid.

wanita dizaman Rasulullah ada yang solat diMasjid.

Nabi Sabda, Janganlah kamu mencegah wanita solat dirumah Allah, dan tempat tinggal mereka lebih baik.

Kemudian kata Syeikh Lagi, perempuan yang masih anak dara afdhalnya dirumah, untuk yang dah berumur, afdhal dimasjid. kalau jenis wanita yang suka berdandan, bersolek, afdhal di rumah.