About Me

My photo
kehidupan menuntut ilmu tidak lari dari adab yang lahir dari hati yang sejahtera dan diterjemahkan dengan perbuatan dan amalan harian yang berakhlak baik.

Monday, January 13, 2014

Assalamualaika Yaa Rasulullah..

Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,ahli keluarga Baginda,para sahabat dan tabii tabi'in..

"Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan ) kepada Nabi (Muhammad SAW) ; wahai orang-orang yang beriman  berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya " (Surah Al-Ahzab : 56 )

malam 12 Rabiuawal, tidak asing bagi umat islam khususnya di Malaysia meraikan sambutan Maulidur Rasul, sempena memperingati kelahiran junjungan besar Saidina Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib. Begitu banyak majlis selawat di adakan dan iklan di laman-laman sosial mengenai Majlis Selawat seperti di facebook di sebarkan atas rasa ingin sama-sama kita berselawat disamping berzikir dan muhasabah diri tentang perjalanan hidup manusia yang agung,Habibullah,kekasih Allah s.w.t.

Alhamdulillah, salah seorang sahabat yang baru sahaja menyambung pengajian di Tareem Hadramaut,Yaman, menceritakan mengenai sambutan maulid disana. MasyaAllah Tabarakallah, sangat luar biasa. Lepas subuh maulid,lepas zohor maulid,lepas asar maulid, dalam segenap masa menyambut hari yang mulia, beliau menceritakan di timeline facebook sejak beberapa hari lepas,sebelum sampai tarikh 12 rabiuawal, beruntungnya, bersama-sama para Ulama,golongan khair, orang-orang yang soleh, semoga Allah memberkati setiap perjalananmu, Anas Amri Shahiri..

apabila masuk sahaja bulan Rabiuawal, banyak majlis selawat, maulid, maulid akhbar, di iklankan di dalam facebook,.melihat alamat-alamat tempat sambutan yang diadakan, majoriti nya di selangor.Allahu Akhbar, berungtungnya orang selangor, dibanjiri majlis zikir,ilmu dan selawat..
 scroll di facebook diturunkan sehingga beberapa majlis maulid diadakan berdekatan tempat pengajian. antaranya ; 


MATIN BERSELAWAT, yang dihadiri Syeikh Ali Bin Abu Bakar Bin Syeikh Syeikh Abi Bakar Bin Salim yang merupakan tokoh Ulama' Yaman.


Maulid Akhbar di Kompleks Darul Hadis,Alor Setar.

Serta jemputan dari sepupu, sahabat sepengajian Madrasah Ad-Dinniah Al-Bakriah,pondok Pasir Tumbuh Kota Bharu, sejak hari Khamis lagi,9hb January, warga pondok sudah bermula menyambut maulid. Dimulakan di asrama selangor, hari jumaat pula di ikuti maulid zon utara, hari sabtu di madrasah arwah Ustaz Haji Rahim dengan majlis berzanji dan qasidah, hari ahad sambutan maulid peringkat muslimat sahaja. InsyaAllah esok ( 12 Rabiuawal bersamaan 14 Januari 2014) sambutan  Maulidurasul peringkat Pondok diadakan seawal 8.00 pagi (kebiasaannya). Permulaan dengan perarakan maulid dengan alunan selawat, jamuan pagi, gotong-royong untuk jamuan, berzanji ( jika mengikut tentatif seperti tahun lepas) . InsyaAllah pada sebelah malam akan diadakan Majlis Qasidah dari Pondok Muhjirin,Bukit Jong, K.Terengganu yang ternyata kehadiran persembahan tanpa iringan alatan, sudah mampu memberi impak kepada tetamu yang hadir. 





sekitar majlis sambutan Maulid di pondok Pasir Tumbuh tahun 2013.




Majlis dihadiri oleh Habib Zein, beserta Ustaz Ku Suhaimi ( Mudir Pondok Muhajirin Bukit Jong) ,.apabila diceritakan oleh sahabat sebegitu, terasa sambutan Maulid peringkat pondok pada tahun ini lebih meriah, moga-moga akan lebih lagi menambah rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w.

memang sedih tidak dapat sambut bersama sahabat-sahabat teman sepengajian, bersama-sama berkongsi cinta kepada Rasulullah s.a.w,selawat bersama seperti tahun lepas. seorang senior mendengar lalu menasihati ; "mungkin Allah tidak mengizinkan, yang penting niat " .. memang benar, segalanya dengan izin Allah,yang penting kita sudah usaha dahulu..

semoga Allah menambahkan lagi cinta kami kepada junjungan mulia, Rasulullah s.a.w serta bersama-sama Rasulullah di akhirat kelak, mendapat manfaat Baginda, dapat minum air di telaga kauthar yang diberikan sendiri oleh tangan Nabi Muhammad s.a.w, insyaAllah Aminnn Yaa Rabb..

" kalian akan dibangkitkan dengan siapa kalian cintai"