About Me

My photo
kehidupan menuntut ilmu tidak lari dari adab yang lahir dari hati yang sejahtera dan diterjemahkan dengan perbuatan dan amalan harian yang berakhlak baik.

Monday, February 25, 2013


Bismillahirrahmanirrahim

Catatan CINTA ILMU bersama Syaikhuna Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki

Tajuk : Adab-Adab Menuntut Ilmu

1. Ikhlas hanya kerana Allah Subhanahu wa ta’ala.

2. Mempunyai adab yang sangat tinggi.

3. Tawadhu’ tidak kira pada siapa pun. Perlulah merendahkan diri terutama sekali pada hukum Allah Subhanahu wa ta’ala.

4. Bersihkan diri dari zahir dan batin yakni riak, ujub, dendam dan sifat-sfat tercela.

5. Setelah itu, barulah hiasi diri dengan sifat-sifat yang mulia. Sentiasa kemas, tampan, cantik, bagus imej yang terzahirnya. Rambutnya pendek kemas rapi, kukunya sentiasa bersih, misainya dicukur, janggutnya disimpan rapi menampakkan dirinya disenangi orang apabila dilihat. Sesungguhnya Allah itu Cantik maka kita perlulah cintakan kecantikan diri kita yang telah Allah kurniakan.

6. Lihatlah gurumu dengan penuh ta’zim dan layanlah gurumu dengan penuh kehormatan.

Berkata salah seorang daripada salafus sholeh Rahimahullahu ta’ala :
“Aku sanggup menjadi hamba kepada orang yang menyampaikan ilmu kepadaku.” 

Berkata lagi Imam As-Syafie Rahimahullahu ta’ala :
“Apabila aku membuka helaian-helaian kitabku di hadapan Imam Malik, aku membukanya dengan perlahan-perlahan kerana aku gerun kepadanya takut-takut dia mendengar bunyi kertas.”

Berkata pula Imam Abu Hanifah Rahimahullahu ta’ala : 
“Aku tidak pernah mengunjurkan kakiku ke arah rumah guruku, Imam Hammad kerana rasa hormatku kepadanya, sedangkan jarak rumahku dengan rumahnya dipisah oleh tujuh lorong.”

7. Mengapakah penuntut ilmu itu tidak digalakkan menimba ilmu hanya di tv, laptop dan mp3?
Kerana teknologi tidak akan menegur kita sekiranya kita tidak beradab. Boleh saja entum makan, minum, sambil baca surat khabar mendengar syeikh berbicara di dalam Youtube misalnya. Tiada siapa yang boleh menegur jadinya tiada wujudnya keberkatan ilmu yang diperoleh.

8. Syeikh sambung perihal adab menuntut ilmu dengan satu cerita yang melibatkan anak kepada seorang Khalifah. Semasa majlis ilmu berlangsung, anak kepada Khalifah ini bertanyakan kepada Imam Tok Guru dengan tidak beradab seolah-olah tidak hormat pada gurunya. Lalu Imam tersebut tidak memandang kepadanya apatah lagi menjawab soalan yang diajukannya. Hal ini kerana Imam tersebut mengatakan Ilmu itu lebih mulia dari dirimu wahai anak kepada Khalifah. Anak murid perlulah memandang kepada gurunya dengan ta’zim dan penuh dengan pandangan Rahmat.

9. Ada satu perkara yang belum pernah dibuat oleh penuntut ilmu pada zaman ini yang diamalkan oleh para salafaus sholeh zaman dahulu. Sebelum mereka pergi mengaji menuntut ilmu dengan guru mereka, mereka akan bersedeqah berdoa agar tok gurunya ditutupkan aib beliau yang boleh menghilangkan keberkatan ilmu. Betapa hebatnya adab para salafus sholeh ini terhadap ilmu yang dituntut.

10. Syeikh menceritakan lagi tentang Imam As-Syafie yang setelah berumur 40 tahun baru berkahwin kerana ingin memenuhkan diri dengan ilmu terlebih dahulu baru ingin berumah tangga mempunyai anak dan isteri. Syeikh menasihatkan para penuntut ilmu agar contohilah Imam As-Syafie, tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya sebelum dirimu mempunyai lagi satu tanggunggjawab yang besar yakni perkahwinan.

11. Bagaimana untuk seseorang itu melawan hawa nafsu setelah meninggalkan kejahatan?
Perlulah diri tersebut meninggalkan kawasan yang tidak mendorong dirinya berubah malah menambahkan godaan-godaan yang negative kepada tempat-tempat yang penuh dengan mahabbah, suasana Islam. Diri perlulah nekad untuk berubah. Di situ, akan adanya insan-insan yang sering mengingatkan diri apabila terleka, terlalai daripada perintah-Nya.

Ingatlah kepada semua tholibul elilm (penuntut ilmu), hendaklah setiap ilmu yang dipelajari itu diamal serta dipraktikkan selama mana kita hidup di dunia ini. Allahu ‘alam. 

Segala kekurangan dalam penulisan ini harap diperbetulkan agar dapat kita manfaatkannya bersama.

Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad.

Tuesday, February 19, 2013

Syeikh Nuruddin Al-Marbu Al-Banjari Al-Makki (ulama tersohor nusantara)


menyebut tentang ulama suatu ketika dahulu, aku rasakan seperti ustaz-ustaz biasa, mungkin sama seperti ustaz-ustaz biasa yang faham dan alim tentang ilmu agama. tapi pertemuan pertama aku bersama Tuan Guru Syeikh Nuruddin di Madrasah Al-Imaniah Jerantut feri Pahang mengubah persepsi aku terhadap golongan ulama. seorang sahabat baik menjemputku untuk ke majlis Tuan Guru di madrasah tersebut, menjadi tanda tanya, seingat aku, aku pernah melihat Tuan Guru hanya di cover hadapan sebuah kitab tentang permasalahan muslimat di kedai-kedai buku.


sehingga saat Tuan Guru sampai sahaja di Madrasah Al-Imaniah, turun dari keretanya, persepsi aku berubah terhadap golongan ulama saat aku terpandang wajahnya yang terserlah nur sebagai seorang alim ulama.
Tuan Guru Syeikh Nuruddin dijemput datang ke madrasah tersebut sebagai penceramah kuliah asar dan selepas magrib sempena sambutan maulidur Rasul.

Daurah Kitab Syamail Muhammadiah & Mukjizat Rasulullah@Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat Repek Pasir Mas Kelantan

penghijrahan aku ke kelantan sangat bermakna dan merupakan kenangan yang tidak aku lupakan sampai bila-bila, kelantan merupakan negeri yang lahirkan ramai alim-alim ulama seperti di pondok, madrasah, maahad tahfiz dan sebagainya.


selepas sambutan yang menggalakkan dalam program Ihya' Ramadhan yang ditayangkan di saluran tv Al-hijrah pada Ramadhan 2012 yang merupakan penceramahnya Tuan Guru Syeikh Nuruddin, disiarkan sepanjang Ramadhan pada jam 5 petang, tv al-Hijrah sekali lagi membawakan penonton dalam program terbaru Cinta Ilmu.


Cinta Ilmu merupakan satu program terbaru terbitan AlHijrah yang menggunakan pendekatan yang lebih segar dan menarik disamping menampilkan 2 tokoh ilmuan dan ulama yang tidak asing lagi bagi para penonton iaitu Dr.Zulkifli Al-Bakri & Syeikh Nuruddin. Program ini membawa tema TV AlHijrah sebagai medan ilmu. Para penonton juga di beri peluang berinteraksi bersama 2 tokoh ilmuan ini secara langsung dalam menjawab segala kemusykilan berkaitan di samping menambahkan kefahaman para penonton.

Program ilmiah berkonsepkan bicara ulama di dalam beberapa bidang ilmu Islam. Bersiaran 4 hari seminggu, Khamis hingga Ahad, jam 6.00petang. Ulangan, Khamis hingga Ahad, 6.30 pagi.


sedikit sebanyak tentang Tuan Guru Syeikh Nuruddin.
BERHIJRAH KE KOTA SUCI MEKAH

Tuan Guru Syeikh Nuruddin mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di Pondok Pesantren Normal Islam. Belum pun sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarga beliau telah BERHIJRAH ke tanah suci Makkah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di Madrasah Shaulathiah sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di MASJDILHARAM dan juga dirumah para MASYAIKH.Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian Mumtaz (cemerlang) di Madrasah Shaulathiah. Di samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu'in, 'Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'Aliyah.Beliau merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani رحمه الله . Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemani Tuanguru beliau ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. SEBUT SAHAJA ULAMA' YG ADA DIi MEKAH khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama' yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama', Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani dan masih banyak lagi. KATA PEPATAH ARAB “cakap sahaja tanpa perlu khuatir”. Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanad hingga kepada pengarang, MasyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ILMU BELIAU LEBIH TUA DARI UMURNYA.



.Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanad hingga kepada pengarang, MasyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang Syariah hingga mendapat gelar Sarjana Muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi Diploma Am “Dirasat 'Ulya” pada tahun 1990.



Antara guru-gurunya ketika belajar di Mekah dan Mesir adalah

:-asy-Syaikh al-‘Allamah Hasan al-Masyath رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad Yasin al-Fadani رحمه الله
,asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki رحمه الله,
asy-Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji رحمه الله,
asy-Syaikh al 'Alaamah al-Jalil as-Sayyid 'Amos رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad ‘Iwadh al-Yamani رحمه الله
asy-Syaikh Zakaria Bila al-Indonesia رحمه الله
asy-Syaikh Muhammad Syibli al-Banjari رحمه الله
asy-Syaikh Karim al-Banjari رحمه الله
asy-Syaikh ‘Abdul Karim al-Bukhari رحمه الله
asy-‘Adnan al-Afnani رحمه الله
asy-Syaikh Saifurrahman رحمه الله
asy-Syaikh Sahili al-Anfanani رحمه الله
asy-Syaikh Said al-Bakistani رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Kabir Muhammad Zakaria al-Kandahlawi رحمه الله
asy-Syaikh al-Jalil al-Habib ‘Abdul Qadir as-Saggaf حفظه الله
asy-Syaikh Muhammad Muntashir al-Katani al-Maghribi رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Habib as-Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki رحمه الله
asy-Syaikh al-‘allamah Muhammad Makki al-Hind رحمه الله
asy-Syaikh Muhammad Makhluf رحمه الله
asy-Syaikh al-‘allamah ‘Abdullah bin Hamid رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Kabir Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi رحمه الله
asy-Syaikh al-Imam al-Akbar ‘ali Jadul Haq رحمه الله
asy-Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله
al-Ustaz ad-Doktor asy-Syaikh Muhammad Tayyib an-Najjar رحمه الله
asy-Syaikh al-Jalil ar-Rabbani Muhammad ‘Abdul Wahid رحمه الله
asy-Syaikh al-‘allamah al-Kabir Abul Hasan ‘Ali an-Nadwi رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Faqih ‘atiyyah Saqr رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah Hussin رحمه الله
asy-Syaikh ‘Abdul Hafidz al-Hind رحمه الله
al-Ustadz ad-Doktor Ahmad umar Hasyim حفظه الله,
al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdusshobur Syahinal-Ustadz ad-Doktor ‘Abdul Fattah 
asy-Syaikh,al-Ustadz ad-Doktor Nashr Farid,
asy-Syaikh al-‘Arifbillah Yusuf Mahyuddin al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi حفظه الله dan ramai lagi(dipetik dari facebook page; syeikh nuruddin almarbu albanjari almakki-restu from syeikh)

syeikh nuruddin bersama habib umar al-hafiz
p/s ; syeikh nuruddin adalah antara ulama yang sangat mempertahankan aqidah sebenar ahlul sunnah wal jamaah, dan sangat menjaga adab dalam menuntut ilmu.

^_^ sayangi dan cintai para alim ulama