About Me

My photo
kehidupan menuntut ilmu tidak lari dari adab yang lahir dari hati yang sejahtera dan diterjemahkan dengan perbuatan dan amalan harian yang berakhlak baik.

Wednesday, March 25, 2015

Di Tarem

Kehidupan di Tarem
lapang dan lega sekali...
Di Tarem...tidak lagi fikiran disibukkan dengan hal pakaian yg bermacam-macam kerana disini semua berpakaian serba hitam dari kepala hingga kaki sebaik sahaja keluar dari rumah bagi wanita
Di Tarem...tidak lagi kisahkan hal bagaimana nak mencantikkn wajah dgn barangan kosmatik agar kelihatan elok dipandang orang kerana semuanya telah disimpan rapi melainkan hanya berhias cantik dihadapan suami semata2.
Di Tarem...tidak lagi berfikir2 dgn aneka makanan dan tempat makan yg hendak dituju kerana disini tiada tempat makan yg berbagai2.. kerana mereka makan apa yang ada sahaja..
Di Tarem...tidak lagi disibukkan dengan urusan hendak melancong berseronok sana sini.. istilah "cuci mata" ke shopping complex mana2 kerana disini tiada tempat hiburan duniawi yang selesa seperti dinegara2 lain....tempat yg dikunjungi adalah maqam2 para auliya' dan majlis2 ilmu bersama ULAMA sahaja menjadi keseronokkan hati dan jiwa mereka.
Di Tarem...tiada permandangan mata yg mendatangkan maksiat kerana semua wanita berhijab hitam.
Di Tarem...tiada kedengaran bising bunyian maksiat seperti lagu2 lalai melainkan alunan Al Quran dan pujian qasidah burdah kepada NABI sallallahu alaihi wasallam.
Di Tarem...suasana tenang dan nyaman disebalik bukit bukau yang tinggi...sunyi dan tiada kesibukkan duniawi yg kelihatan melainkan semuanya sibuk dgn urusan ukhrawi masing2. mereka bekerja, sambil bibirnya membasahi dengan zikrullah.
Di Tarem. ..nikmat hati apabila semakin mengejar ilmu walaupun sedikit terasa bahagia. sekalipun tiada harta yg banyak. Semakin berusaha beramal soleh semakin mahu beramal lagi dan lagi sekalipun tiada sebarang pangkat yg dimiliki...cukuplah rasa dengan apa yang ada dan syukur...
Mereka syukuri atas pilihan dan taqdir ALLAH yang MAHA INDAH...
يا تريم وأهلها..
اللهم اجعلنا منهم..آمين

Friday, October 31, 2014

Para Habaib di Nusantara


seorang sahabat bertanya kepada ku:

kenapa sekarang tiba-tiba ada qasidah?,

kenapa sekarang baru ada golongan yang mengaku keturunan Rasulullah?

kenapa setiap kali ada majlis,mesti nak buat qasidah?

bab ni aku cuba tenangkan diri bagi menjawab persoalannya,pendekatan dengan kasih sayang perlu, supaya tidak timbul pergaduhan yang membawa perpecahan.

Pernah aku terbaca dari blog seorang Ustaz bernama Ustaz Hayat dari Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh,dan setahu aku,aku pernah bersua dengan beliau sekali di pusat rawatannya. Beliau merupakan salah seorang ahli tareqat Naqsyabandi yang sentiasa mengadakan majlis zikir di Temerloh Pahang. Di dalam blog beliau memetik dari kata-kata di dalam kuliah Ustaz Mustafa Kamal yang mana menceritakan mengenai perkara-perkara atau usaha musuh-musuh Islam untuk melemahkan umat Islam itu sendiri.

Habib Omar Al-Hafiz bersama TG Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni di Dar Mustafa,Tarim Hadramaut,Yaman.


 Diantara yang aku ingat adalah dengan menjauhkan umat dengan tasawwuf kerana tasawwuf antara asbab tenaga spritual atau tingginya tingkat kerohanian dan dekat hatinya dengan Allah. Ini bertepatan dengan cerita dari seorang Kiai(gelaran bagi orang alim di indonesia) menceritakan kepada kami sewaktu di Kelantan. Sewaktu penjajah menjajah Indonesia, matlamat utama mereka bukanlah harta kekayaan di Nusantara. Menjadi pengajaran besar bagi musuh-musuh Islam selepas kalah pada Perang Salib,mereka cuba jauhkan hati ummat dengan Allah melalui menjauhkan ilmu tasawwuf. Tambahan kiai tersebut,ilmu atau kitab-kitab Tasawwuf karangan Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani telah dikutip hampir keseluruhan kerana mereka tahu bahawa tasawwuf itu sumber kekuatan umat Islam dalam berjuang dan berjihad di jalan Allah.

Habib Ali Zainal Abidin; Ampang Berselawat


Selain itu juga, qasidah atau syair yang diperakui wujud semenjak zaman Rasulullah s.a.w sendiri telah dilabelkan satu amalan bida'ah dholalah ataupun syirik oleh golongan ekstrim seperti wahabi yang menggelarkan diri mereka berpegang pada "Salaf" . Qosidah atau Syair yang memuji Baginda s.a.w telah bermula daripada salah seorang sahabat Rasulullah seperti Saidina Hassan Bin Tsabit dan beberapa orang sahabat lagi seperti Saidina Abdullah ibnu Rawahah dan beberapa orang lagi yang saya sendiri lupa. Walhasil, syair atau qasidah hakikatnya digunakan pada zaman Rasulullah sebelum peperangan bagi menaikkan semangat umat islam dan meruntuhkan semangat tentera-tentera musyrikin semasa berperang. Syair daripada Saidina Hassan bin Tsabit sendiri diperakui oleh Baginda s.a.w dimana Rasulullah bersabda kepada Saidina Hassan bin Tsabit  bahawa semasa Saidina Hassan melantunkan syair,malaikat Jibril bersama Saidina Hassan. Malah sewaktu Saidina Omar memarahi Saidina Hassan bin Tsabit yang sedang bersyair memuji Baginda s.a.w di Masjid Nabawi,Rasulullah bersabda bahawa syair yang dilantunkan oleh Saidina Hassan adalah lebih tajam dari mata tombak.

Habib Syech : (SELAWAT PERDANA) Malam Cinta Allah dan Rasul


Lemahnya umat Islam kerana jauhnya hati ummat dengan junjungan besar,kekasih Allah, Sayyidina Muhammad s.a.w. Idola dari kalangan ummat Islam rata-rata kepada makhluk yang tidak selayaknya dijadikan idola,dipuji apatah lagi sekiranya idola mereka adalah orang yang kafir. Para artis dan pemain bola sepak lebih mereka kenali berbanding Rasulullah dan para sahabat serta golongan tabi' tabi'en dan alim ulama. Jika direnung tentang sirah para sahabat bersama Baginda Rasulullah, cinta mereka kepada Baginda s.a.w adalah lebih tinggi berbanding cinta mereka kepada keluarga,harta dan anak pinak. Dan hakikat cinta seseorang itu kepada Rasulullah adalah hakikat cinta kepada Allah. orang yang mengaku bahawa mereka cinta Allah tanpa cinta Rasulullah adalah tidak benar sama sekali.


Kemunculan para Habaib atau Habib di bumi Nusantara semenjak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi inspirasi baru buat para umat islam di Tanah Melayu. Kedatangan mereka membawa risalah Nabawiyyah yang mana mengajak hati umat kembali kepada Rasulullah s.a.w.



Hakikat daripada sejarah Tanah Melayu diceritakan oleh Habib Omar bin Salim Al-Hafidz bahawa islam sampai di tanah melayu adalah dengan usaha dakwah ahlul bait iaitu keturunan Rasulullah yang diberi gelaran Habib.
Islam yang dibawa dibumi Nusantara ini adalah dengan cara yang penuh berhikmah, tiada pertumpahan darah dan sangat berakahlak menyebabkan Sultan telah memeluk agama islam dan diikuti para masyarakat negeri jajahannya. Oleh yang demikian,kedatangan para Habib telah tiba dengan awalnya kedatangan Islam di bumi Nusantara ini.

Nama-nama besar Ulama ahlul bait seperti Almarhum Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani Al-Makki merupakan ulama besar sufi bertaraf muhaddith,pengarang kepada ratusan kitab,



Habib Omar bin Salim Al-Hafidz merupakan ulama besar Tareem Hadramaut Yaman yang merupakan Mudir kepada Dar Mustofa,

Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri

Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid (Pimpinan Majlis Taalim Darul Murtadza,Malaysia)

Habib Munzir Al-Musawa (Pimpinan Majlis Rasulullah)
Habib Jindan bin Novel

Habib Kadzim As-Saggaf

Habib Syech Abd Qodir As-Saggaf

''Anta Maa Man Ahbabta(kamu akan bersama dengan siapa yang kamu cintai)"

tidak dapat untuk aku sertakan gambar para habaib yang lain, yang aku harapkan agar dikekalkan aku di dalam aqidah ahlu sunnah wal jamaah al-assyairah dan bersama-sama mereka dalam perjuangan dakwah islam ^^

Thursday, October 30, 2014

kata-kata Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari mengenai muslimat.




Kata Syeikh Nuruddin Al Banjari "

Keadaan seorang perempuan yang paling dekat dengan keredhaan Allah Taala adalah ketika mereka berada di dalam rumahnya jauh daripada pandangan lelaki. Jikalau seseorang perempuan itu berkenan untuk melamar lelaki yang diminatinya itu maka dia boleh lah menggunakan pendekatan yang lebih baik seperti memberitahu kepada orang lain untuk menyatakan hajatnya kepada lelaki yang diminatinya bukannya memperagakan kecantikannya mundar mundir ke sana dan ke sini baik secara langsung ataupun tidak dengan memasukkan di dalam facebook dan seumpamanya sehingga menjadi tontonan lelaki ajnabi. Ketahuilah harga diri perempuan itu lebih mahal daripada berlian.Jikalauberlian pun dijaga dan disimpan dengan rapi bagaimana pula dengan harga diri seorang perempuan. "


Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki pernah ditanya perempuan afdhal solat Fardhu dimana?

Jawab Syeikh, perempuan afdhal solat di Rumah.
Kita ikut pedoman Hadith, perempuan solat ditempat yang semakin tersembunyi pandangan dari orang ramai maka ianya semakin afdhal. Perempuan lebih afdhal solat diRumah berbanding masjid, tapi dari segi pahala lebih afdhal di Masjid.

wanita dizaman Rasulullah ada yang solat diMasjid.

Nabi Sabda, Janganlah kamu mencegah wanita solat dirumah Allah, dan tempat tinggal mereka lebih baik.

Kemudian kata Syeikh Lagi, perempuan yang masih anak dara afdhalnya dirumah, untuk yang dah berumur, afdhal dimasjid. kalau jenis wanita yang suka berdandan, bersolek, afdhal di rumah.


Tuesday, July 8, 2014

catatan semestar keempat di Kedah, Negeri Jelapang Padi

Assalamualaikum,segala puji bagi Allah,Tuhan semestar alam,selawat dan salam kepada junjungan mulia, Sayyidina Muhammad s.a.w,para sahabat,ahli keluarga baginda dan seluruh umat islam seluruhnya.

dah lama tak menjenguk blog,hujung semestar 4 ni baru terasa ingin update perkembangan catatan terbaru. bagi aku,sem 4 ni adalah antara sem yang aku rasa sangat lain berbanding semester-semestar terdahulu. terlalu banyak perkara-perkara dan pengalaman baru yang dapat diambil dari semester ni.


  • Group Qasidah Soutul Fateh:

 permulaan semestar ke 4 adalah berkaitan antara group yang paling aku sayang UUM iaitu group qasidah. ahli-ahli group Soutul Fateh telah meletakkan aku sebagai ketua/pengurus bagi group ini selepas senior-senior lepas memang kene letakkan amanah tersebut keatas bahu aku atas dasar sibuk sambung pengajian dalam bidang master. bagi aku,tiada ketua, cuma ketua atas nama,tiada istilah lebih baik berbanding ahli-ahli kumpulan,dan aku juga mengharapkan pandangan dan pengalaman mereka lagi.

Soutul Fateh ; Ketika Cinta Bertasbih,Kelab Damai dengan kerjasama kerohanian Dpp BSN

masalah bermula pada awal sem dimana pemain utama alat muzik 'darbuka' tiada pengganti. pemain utama sem lepas merupakan pelajar senior sem terakhir di uum. dalam benak kepala terasa ingin bubarkan terus group ini, memang masa itu Allah sahaja yang tahu, hati terus mengharap kepada Allah.


program Muhammadku ; Anjuran Kelab Sahabat Masjid Imam Syafie(SEMIAS) Bukit Kachi


Allahu Rabbi, Maha Suci Allah yang sukakan hambanya melakukan kebaikan dan memandang hati hamba-hambanya yang penuh pengharapan, Allah telah menghantarkan seorang student yang berasal dari negeri dibawah bayu, (sabah laa,negeri mana lagi,huhu) yang merupakan antara ahli kumpulan qasidah di Sabah yang bernama "Soutul Syahidi" dibawah pimpinan Abi Syahidi(pernah jumpa sewaktu perkahwinan beliau di jerantut pahang)..

Program Mahasiswa vs Stress bersama Imam Muda Nazrul anjuran Dpp TM

kemasukan sahabat junior, Ahmad Bashir dalam Soutul Fateh menambahkan ilmu dalam qasidah,pengalaman dan idea dikongsi bagi membawa hiburan berbentuk qasidah ini kenali umum khususnya di UUM. jemputan beberapa jemputan diterima dapat dipenuhi dan adakalanya terpaksa ditolak atas sebab-sebab tertentu. tiada sebab kami untuk meletakkan harga persembahan kami sebagai syarat,.kami akui yang kami masih belajar dan bukanlah dapat memberi persembahan yang terbaik. hadiah dan saguhati kami insyaAllah kami terima seadanya.



jemputan Pusat Islam UUM dengan kerjasama TV Al-Hijrah bagi program Dikir Zikir

p/s ; setelah diteliti,menerima nasihat beberapa sahabat serta diambil pandangan, keputusan sebelum ini iaitu tidak menerima jemputan bagi majlis bebentuk jamuan,insyaAllah keputusan itu ditarik balik dan bermula semestar hadapan akan menerima jemputan berbentuk jamuan atas sebab-sebab tertentu.


ROAD2KP bersama Soutul Fateh senior dan junior kat Kuala Perlis

''qasidah,sebuah hiburan berbentuk islamik daripada syair-syair ulama terdahulu,terkandungnya sirah Rasulullah,memuji Rasulullah seperti mana Allah memuji Rasul,berselawat kepada Baginda s.a.w, sebagai wasilah kepada mahabbah kepada Allah melalui mahabbah kepada Rasulullah.''

Friday, May 23, 2014

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT.



Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama. boleh share antara kita..

Wednesday, May 21, 2014

Ziarah ke negeri serambi mekah yang ke-3

cuti midsem baru-baru ni, ikutkan ingin pulang ke pahang,raya haji pun tak pulang sebab atas arahan beraya saja di kedah, akhirnya cuti midsem pun tak pulang ke pahang,terus membuat keputusan untuk ke Kelantan,antara negeri yang paling diminati selain negeri Selangor.

keputusan dibuat atas alasan sudah banyak kali cancel untuk ke sana,atas banyak komitmen yang tidak dapat dielakkan di uum,akhirnya tugasan yang bertimbun terpaksa ditinggalkan,bila muhasabah semula ,urusan dunia tu tidak habis-habis selagi belum menemui liang lahad, kenapa tidak berkorban sedikit sahaja untuk urusan akhirat yang kekal abadi.

atas beberapa sebab, aku dan beberapa orang sahabat sepengajian sementara, tidak sempat untuk melawat guru kami, Allahyarham Ustaz Rahim yang telah meninggal dunia atas sebab keuzuran ,semoga Allah merahmati roh beliau,insyaAllah amiinn..

walaupun berada di sana tidak sampai seminggu,banyak perkara dan kata-kata hikmah yang dapat diambil bersama teman sepengajian yang kekal,serta guru-guru yang sentiasa ikhlas dalam memberi ilmu beliau.
seorang baba(gelaran kepada seorang alim yang belajar di patani) mengajar kami kitab tauhid dan sempat belajar dengan beliau tentang perbualan dalam bahasa arab.

antara yang diselitkan didalam kata-kata nya , antaranya menjaga adab-adab dalam pemakanan. dengar macam ringkas saja,macam perkara ringan,tapi sangat dititikberatkan oleh baba,

"bila nak makan di kedai makan, lihat siapa tukang masak di kedai tersebut,jika tukang masak tersebut tidak menutup aurat,tidak menjaga solat dan melakukan perkara-perkara yang ditegah Allah,seluruh keperibadian yang dimiliki oleh tukang masak tersebut akan masuk ke dalam makanan tersebut lalu dimakan oleh kita "

tambah baba; '' tangan orang soleh yang alim dan banyak berzikir itulah lebih baik apabila memasak kerana segala yang ada padanya melalui keperibadiannya akan jatuh kedalam makanan yang dimasak lalu dimakan dan sebati di dalam badan si pemakan''

seorang sepupu yang juga teman sepengajian menambah selepas aku ceritakan kepada beliau,
''orang soleh apabila makan di kedai makan,nilai kesolehannya sedikit demi sedikit boleh jatuh kerana pemakanan seperti itu(daripada tukang masak yang terbabit dalam kemaksiatan),apabila seseorang itu makan lalu orang yang berada di sebelahnya rasa teringin akan makanan yang dimakannya tersebut,itu seperti kita tidak memenuhi keinginannya walaupun hanya pada makanan yang kita makan saja''

sempat sepupu menyapa tentang kehidupan di uum,:''dah jumpa jodoh ke kat sana? =,=' ,tersenyum,tergelak semua keluar,;''takdelah, fardhu ain rase belum lepas lagi,tak mampu untuk didik diri lagi,,'' :)

kitab tasawwuf yang dibacakan oleh ustaz azri membawa diri kepada muhasabah atas tiap-tiap perkara yang dilakukan, memang benar apa yang dikatakan oleh imam as-syafie;
"ilmu itu adalah cahaya, dan tidak akan masuk kepada orang yang membuat maksiat" ..tetapi ilmu itu jugalah yang boleh membawa hati seseorang itu hidup dan bercahaya,kerana ilmu itu datangnya dari al-Quran, dan Hadith.

banyak perkara yang dapat dipelajari sepanjang ziarah disana,rasanya memang tidak cukup page untuk cerita sepanjang ziarah disana walaupun hanya seminggu,antara pengalaman yang baru adalah mempelajari adat kebiasaan orang kelantan dimana apabila tibanya saat pengkebumian jenazah,adalah kebiasaan masyarakat kelantan akan tidur kubur bagi menjaga di kawasan kubur. kebetulan tempoh masa bagi menjaga kubur Allahyarham ustaz Rahim masih berbaki beberapa hari lagi,aku mengambil kesempatan untuk bersama sahabat sepengajian untuk tidur di kubur.(banyak perkara pelik yang tidak diceritakan selama penjagaan kubur tersebut)

nasihat demi nasihat diberi agar diri tidak terpesong dari akidah yang sohih, serta peringatan mengenai adab turut tidak terkecuali, rasa diri kerdil bila bersama sahabat sepengajian disana. ada yang sudah mampu menjadi tenaga pengajar disana, Alhamdulillah.

kata-kata yang sangat ingin aku mendengar saat ingin bertolak semula ke kedah iaitu : "datanglah lagi melawat ke sini(di dalam hati berbisik, Alhamdulillah kerana mengalu-alukan kedatanganku, walaupun aku bukanlah orang yang terpilih seperti mereka yang setiap hari didalam majlis ilmu,majlis zikir,yang mana jalan-jalan yang mereka tempuh setiap hari,setiap masa,diminta oleh hidupan di darat dan di laut kepada Allah agar diberi kan keampunan kepada para penuntut ilmu, para malaikat menghamparkan sayapnya ke atas penuntut ilmu atas tanda redha mereka ke atas penuntut ilmu serta jalan-jalan bagi menuntut ilmu,dimudahkan Allah jalan ke syurga, wallahu'alam..

p/s; " jika ada rezeki,sambutlah maulid kat sini nanti",pesan sepupu,.berfikir sejenak mengenai urusan serta komitmen yang tidak sudah,jawabku ringkas :" insyaALLAH"  :)





teman sepengajian.



selepas khatam kitab dan sedikit jamuan ringan bagi menghargai jasa Abang Zaki yang mengajar kami dalam ilmu tauhid,fiqh dan tasawwuf,serta bahagian-bahagian di dalam bahasa arab..beliau mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian di pasir tumbuh untuk berkhidmat menabur bakti menyampaikan risalah ilmu di kampung halaman.

Tuesday, May 6, 2014

Hakikat Sejarah Kebangkitan Wahabi


Sayyid Ahmad Zaini Dahlan merupakan seorang Syeikhul Islam, Mufti Haramain dan Pembela Ahlus Sunnah Wal Jama`ah. Berasal dari titihan yang mulia, ahlul bait Rasulullah صلى الله عليه وسلم melalui susur-galur Sayyiduna Hasan, cucu kesayangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Beliau pernah dilantik menjadi mufti Mazhab Syafi‘i, merangkap Syeikh al-Haram iaitu “pangkat” ulama tertinggi yang mengajar di Masjid al-Haram yang diangkat oleh Syeikh al-Islam yang berkedudukan di Istanbul, Turki.
Di dalam kitab beliau Fitnah al Wahhabiyyah min al Futuhaat al Islamiyyah. Beliau menukilkan tentang sejarah Wahhabi yang memasuki Makkah.
Dalam usaha Ibnu Abdul Wahhab dan kuncu-kuncu-nya menyebarkan dakyah mereka mengkafirkan ramai orang-orang Islam, mereka telah berjaya menawan qabilah-qabilah Timur qabilah demi qabilah dengan melakukan pembunuhan pengusiran dan rompakan.
Mereka juga membunuh kaum muslimin dan para jemaah haji sehingga 70 orang jemaah haji dari Yaman terkorban. Seorang daripada jemaah haji tersebut dapat melepaskan diri lalu menceritakan perbuatan kaum wahhabi kepada qabilah-qabilah mereka. Atas angkara kaum wahhabi ini, maka tercetuslah permusuhan di antara mereka sehinggalah waktu yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Kemudian kekuasaan mereka semakin meluas sehingga mereka berjaya menawan Yaman, Haramain (Makkah dan Madinah), qabilah-qabilah di Hijah hingga hampir sampai ke negara syam dan juga al Muzairib.
Pada permulaannya, mereka menghantar sekumpulan ulama’ mereka dengan menyangka mereka mampu untuk memesongkan aqidah-aqidah ulama’ Haramain dan menyerapkan keraguan, pendustaan dan kesesatan. Ternyata, sangkaan mereka meleset apabila sampai sahaja di Haramain, ulama’ di sana mematahkan dakyah mereka dengan hujjah dan bukti-bukti yang tidak mampu ditolak. Maka jelas dan ketaralah di sisi ulama’ Haramain akan kejahilan dan kesesatan mereka. Mereka juga mendapati ulama’ wahhabi adalah lucu dan hina seperti sekawan keldai liar yang lari melarikan diri (ketakutan) dari singa!
Ulama’ Haramain juga meneliti aqidah mereka dan mendapati pegangan mereka mengandungi banyak perkara-perkara yang mengkufurkan.
Setelah menengakkan hujjah ke atas mereka, ulama’ Haramain pun menulis keterangan tentang kekufuran dan kesesatan mereka kepada Qadhi Syar’ei di makkah yang dinilai berdasarkan kepada pegangan mereka untuk diisytiharkan kepada orang ramai. Maka dengan adanya pengisytiharan ini, ia akan diketahui oleh orang yang terdahulu dan terkemudian.
Peristiwa ini berlaku semasa pemerintahan Syarif Mas’ud ibn Sa’id ibn Sa’ad ibn Zaid yang wafat pada tahun 1165 hijrah. Beliau telah memerintahkan supaya golongan mulhid (menyeleweng) tersebut dipenjara. Segelintir daripada mereka yang sempat melarikan diri ke Dir’iyyah mengkhabarkan kepada kaum mereka apa telah mereka saksikan. Rentetan daripada itu, maka bertambahlah perlampauan, keangkuhan dan keganasan mereka.
Selepas itu, seluruh amir makkah telah menghalang mereka daripada memasuki makkah untuk menunaikan haji. Maka mereka pun bertindak ganas ke atas qabilah-qabilah yang memberikan ketaatan kepada amir makkah dengan menyerang, merampas harta benda dan membunuh serta merobek-robek jasad mereka dengan cara yang ditegah oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Maka berlanjutanlah peperangan di antara mereka dengan amir Makkah, maulana Syarif Ghalib ibn Mas’ud ibn Sa’id ibn Sa’ad ibn Zaid.
Peperangan di antara mereka meletus pada tahun 1205 Hijrah dan berlakulah tragedi-tragedi yang telah mengorbankan nyawa yang banyak dan sentiasalah angkara dan bidaah mereka berterusan sehingga banyak qabilah dan penduduk Arab yang pada asalnya memberikan ketaatan kepada amir makkah berpaling memberi ketaatan dan menyertai mereka.
Pada tahun 1217 hijrah, mereka mara bersama pasukan tentera yang ramai sehingga sampai ke Toif lalu mengepung penduduk di sana pada bulan Zul Qaedah dalam tahun yang sama. Kemudian mereka menawan Toif dan membunuh penduduknya, lelaki dan perempuan dan juga kanak-kanak. Hanya segelintir daripada mereka yang sempat menyelamatkan diri. Mereka juga merampas harta benda penduduk Toif dan apa sahaja yang boleh mereka rampas.
Mereka memperlakukan penduduk Toif seolah-olah mereka bukan dari kalangan orang Islam. Mereka juga membakar kitab-kitab tafsir, mushaf-mushaf dan kitab-kitab hadith serta memijak-mijak dengan kaki dan kuda mereka serta melakukan perbuatan yang amat kejam.
Setelah berjaya menawan Toif, mereka berhasrat untuk memasuki Makkah pula, tetapi pada ketika itu orang-orang Islam sedang mengerjakan haji di sana. Ketika jemaah haji dari syam dan Mesir sedang dalam perjalanan untuk menunaikan haji, mereka keluar beramai-ramai melakukan serangan dan kembali mendiami Toif sehingga habis bulan haji.
Apabila jemaah haji telah pulang ke negara masing-masing, tentera wahabi pun menuju ke makkah. Al Syarif Ghalib tidak mempunyai kekuatan untuk memerangi tentera wahhabi ketika itu lalu meninggalkan Makkah dan menuju ke Jeddah,
Penduduk Makkah takut sekiranya tentera wahhabi bertindak kejam lalu memberikannya keamanan kepada mereka. Tentera Wahhabi akhirnya memasuki makkah pada 8 muharram 1218 hijrah. Selama 14 hari menduduki makkah, penduduk di sana diperintahkan bertaubat dan memperbaharui keislaman mereka yang dianggap sesat.Mereka juga melarang penduduk makkah melakukkan perkara-perkara yang dianggap syirik seperti bertawassul dan menziarahi kubur.
Setelah itu mereka menuju ke jeddah untuk memerangi Syarif Ghalib. Tatkala mereka hampir sampi ke Jeddah, Syarif Ghalib memerintahkan agar mematahkan serangan mereka dengan tembakan meriam dan bom lalu mengorbankan ramai tentera wahhabi sehingga mereka tidak mampu untuk menawan Jeddah.
Selepas 8 hari mereka pun bertolak pulan ke kampung halaman mereka dan sebahagian daripada tentera wahhabi masih kekal berada di makkah.
Di makkah mereka melantik seorang amir yang baru iaitu Syarif Abdul Mu’in saudara syarif Ghalib. Beliau menerima perlantikan ini demi memelihara penduduk makkah dan mempertahankan mereka dari kejahatan puak wahhabi.
Pada bulan rabi’ al awwal tahun yang sama, syarif Ghalib kembali dari jeddah menuju ke makkah bersama pemerintah Jeddah dari Khilafah Islamiah Turki iaitu syarif Basya dan bala tentera. Apabila sampai di Makkah, mereka berjaya mengusir keluar tentera wahhabi dan kuasa pemerintahan makkah dikembalikan semula kepada Syarif Ghalib.
Tentera wahhabi meninggalkan makkah dan menumpukan usaha mereka untuk menyerang qabilah-qabilah. Ketika itu, Toif masih berada dalam genggaman mereka. Maka mereka telah menlantik Amir Uthman al Mudhayiqi sebagai pemerintah Toif yang kemudiannya bersama tentera-tenteranya menjadi kuncu-kuncu wahabi memerangi qabilah-qabilah yang terdapat di sekitar makkah dan Madinah. Mereka memaksa qabilah-qabilah yang ditawan memberikan ketaatan sehingga mereka dapat menguasai qabilah-qabilah tersebut dan semua kerajaan yang pada asalnya memberikan ketaatan kepada amir makkah.
Setelah itu, tentera wahhabi menumpukan perhatian kepada matlamat mereka untuk menguasai makkah. Maka mereka pun bergerak bersama tentera-tentera mereka pada tahun 1220 hijrah menakluki semua bahagian. Mereka juga memperhebatkan kepungan ke atas makkah, melakukan rompakan di jalanan dan menghalang penduduk makkah meninggalkan makkah sehingga mereka ditimpa penderitaan yang amat sangat dan terpaksa memakan daging anjing akibat kelaparan dan tidak mempunyai apa-apa makanan.
Keadaan ini memaksa syarif Ghalib untuk mengadakan perjanjian damai dengan puak wahhabi. Di antara isi perjanjian tersebut, puak wahhabi diisyaratkan supaya memberikan keamanan kepada penduduk makkah dan beliau melantik beberapa orang sebagai orang tengah di antaranya dan puak wahhabi, manakala kuasa pemerintahan dikuasai oleh puak wahhabi.
Setelah perjanjian damai dimeterai, pada akhir bulan zul Qaedah tahun 1220 hijrah, puak wahhabi memasuki makkah buat kali kedua. Kemudiannya mereka meluaskan jajahan takluk dengan menawan Madinah al Munawwarah -ke atas penghuninya semulia-mulia selawat dan salam- mereka merampas rumah-rumah dan harta benda penduduknya serta melakukan perbuatan-perbuatan keji. Mereka juga melantik seorang ketua dari kalangan puak wahhabi di Madinah, Mubarak ibn Madhyan.
Pemerintahan mereka kekal di Haramain selama 7 tahun. Mereka melarang orang-orang Mesir dan syam berserta barang dagangannya memasuki makkah untuk menunaikan haji. Mereka juga menukar kelambu ka’abah yang mulia dengan kain berwarna hitam, sedangkan kita ketahui telah dibuat untuk ka’abah kelambu dari kain berwarna hijau. Mereka memaksa manusia masuk ke dalam fahaman mereka. Mereka juga turut meruntuhkan kubah-kubah yang dibina di atas kubur para wali.