About Me

My photo
kehidupan menuntut ilmu tidak lari dari adab yang lahir dari hati yang sejahtera dan diterjemahkan dengan perbuatan dan amalan harian yang berakhlak baik.

Monday, January 13, 2014

Assalamualaika Yaa Rasulullah..

Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,ahli keluarga Baginda,para sahabat dan tabii tabi'in..

"Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan ) kepada Nabi (Muhammad SAW) ; wahai orang-orang yang beriman  berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya " (Surah Al-Ahzab : 56 )

malam 12 Rabiuawal, tidak asing bagi umat islam khususnya di Malaysia meraikan sambutan Maulidur Rasul, sempena memperingati kelahiran junjungan besar Saidina Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib. Begitu banyak majlis selawat di adakan dan iklan di laman-laman sosial mengenai Majlis Selawat seperti di facebook di sebarkan atas rasa ingin sama-sama kita berselawat disamping berzikir dan muhasabah diri tentang perjalanan hidup manusia yang agung,Habibullah,kekasih Allah s.w.t.

Alhamdulillah, salah seorang sahabat yang baru sahaja menyambung pengajian di Tareem Hadramaut,Yaman, menceritakan mengenai sambutan maulid disana. MasyaAllah Tabarakallah, sangat luar biasa. Lepas subuh maulid,lepas zohor maulid,lepas asar maulid, dalam segenap masa menyambut hari yang mulia, beliau menceritakan di timeline facebook sejak beberapa hari lepas,sebelum sampai tarikh 12 rabiuawal, beruntungnya, bersama-sama para Ulama,golongan khair, orang-orang yang soleh, semoga Allah memberkati setiap perjalananmu, Anas Amri Shahiri..

apabila masuk sahaja bulan Rabiuawal, banyak majlis selawat, maulid, maulid akhbar, di iklankan di dalam facebook,.melihat alamat-alamat tempat sambutan yang diadakan, majoriti nya di selangor.Allahu Akhbar, berungtungnya orang selangor, dibanjiri majlis zikir,ilmu dan selawat..
 scroll di facebook diturunkan sehingga beberapa majlis maulid diadakan berdekatan tempat pengajian. antaranya ; 


MATIN BERSELAWAT, yang dihadiri Syeikh Ali Bin Abu Bakar Bin Syeikh Syeikh Abi Bakar Bin Salim yang merupakan tokoh Ulama' Yaman.


Maulid Akhbar di Kompleks Darul Hadis,Alor Setar.

Serta jemputan dari sepupu, sahabat sepengajian Madrasah Ad-Dinniah Al-Bakriah,pondok Pasir Tumbuh Kota Bharu, sejak hari Khamis lagi,9hb January, warga pondok sudah bermula menyambut maulid. Dimulakan di asrama selangor, hari jumaat pula di ikuti maulid zon utara, hari sabtu di madrasah arwah Ustaz Haji Rahim dengan majlis berzanji dan qasidah, hari ahad sambutan maulid peringkat muslimat sahaja. InsyaAllah esok ( 12 Rabiuawal bersamaan 14 Januari 2014) sambutan  Maulidurasul peringkat Pondok diadakan seawal 8.00 pagi (kebiasaannya). Permulaan dengan perarakan maulid dengan alunan selawat, jamuan pagi, gotong-royong untuk jamuan, berzanji ( jika mengikut tentatif seperti tahun lepas) . InsyaAllah pada sebelah malam akan diadakan Majlis Qasidah dari Pondok Muhjirin,Bukit Jong, K.Terengganu yang ternyata kehadiran persembahan tanpa iringan alatan, sudah mampu memberi impak kepada tetamu yang hadir. 





sekitar majlis sambutan Maulid di pondok Pasir Tumbuh tahun 2013.




Majlis dihadiri oleh Habib Zein, beserta Ustaz Ku Suhaimi ( Mudir Pondok Muhajirin Bukit Jong) ,.apabila diceritakan oleh sahabat sebegitu, terasa sambutan Maulid peringkat pondok pada tahun ini lebih meriah, moga-moga akan lebih lagi menambah rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w.

memang sedih tidak dapat sambut bersama sahabat-sahabat teman sepengajian, bersama-sama berkongsi cinta kepada Rasulullah s.a.w,selawat bersama seperti tahun lepas. seorang senior mendengar lalu menasihati ; "mungkin Allah tidak mengizinkan, yang penting niat " .. memang benar, segalanya dengan izin Allah,yang penting kita sudah usaha dahulu..

semoga Allah menambahkan lagi cinta kami kepada junjungan mulia, Rasulullah s.a.w serta bersama-sama Rasulullah di akhirat kelak, mendapat manfaat Baginda, dapat minum air di telaga kauthar yang diberikan sendiri oleh tangan Nabi Muhammad s.a.w, insyaAllah Aminnn Yaa Rabb..

" kalian akan dibangkitkan dengan siapa kalian cintai"

Saturday, December 28, 2013

Bidadari Bumi

– 9 Kisah Wanita Sholehah karya Ustazah Halimah al-Aydrus.



"Sungguh, aku teringin menjadi seperti wanita TARIM."

Wanita Tarim sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan beragama dan terdedah dengan ulama, majlis ilmu, maulid dan sebagainya. 
Sedari kecil mereka didik untuk membaca al-Qur’an oleh ibubapa mereka. Terdidik dengan akhlak yang mulia. Terjaga pergaulan mereka. Terpelihara aurat mereka. Bagi mereka setelah mencapai umur baligh, tempat mereka adalah di dalam rumah. Mereka tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan bapa saudara mereka sahaja. Mereka dibesarkan dengan tidak mengenal muzik, tidak mengenal kebiadapan dan tidak kenal wajah orang fasiq. 

Perbualan mereka adalah perbualan tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan mereka dibesarkan.Apabila tiba saat yang sesuai untuk dinikah oleh walinya maka mereka dinikahkan pada pasangan yang sesuai. Pilihan keluarga, dan tanpa ada bantahan. Tanpa ada cinta atau ‘dating’ sebelumnya. Kebiasaannya mereka bernikah diusia yang masih muda, sekitar belasan tahun. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga.

Wanita Tarim juga tidak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan isteri mereka. Bila barang keperluan asas atau harian, seperti beras susu dan sebagainya kehabisan, mereka tidak langsung memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu mungkin si suami tidak mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan adalah dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira mudah dilihat oleh suaminya.

Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang para isteri untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita, namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas suami atau pembantu.

Si isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur harum wangi. Bila suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah dikemas rapi, indah dan harum. Pakaian suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan semuanya kemas serapi mungkin. Kerana wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik serta menambahkan kasihsayang.

Si isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka.

Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami merasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. 
Kemudian nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama. 
Indahnya marah yang sebegini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa.

Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dalam rumah tangga nabawi yang payah untuk kita temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Tarim. 
Inilah keberkatan yang ada pada kota Tarim.

Di Tarim amat-amat sukar sekali untuk kaum perempuannya yang mendedahkan wajahnya di khalayak ramai hatta tatkala mereka bekerja di ladang atau mengembala kambing kawasan kering bukit-bukau sekalipun jauh dari pandangan kaum lelaki, mereka tetap berabaya dan berniqab/berpurdah hitam. Mereka dapat bertahan walaupun di dalam keadaan panas teriknya matahari di negeri Tarim/Hadhramaut yang terkenal dengan panasnya. 

Begitulah perempuan di Tarim. Kepanasan api neraka lebih mengerunkan mereka berbanding teriknya pancaran matahari. Dan kaum perempuan di Tarim hanya keluar andainya ada keperluan sahaja. Kalau ke pasar atau ke kedai ada mahram yang akan menemaninya atau mereka keluar secara bergerombolan. 
Maka terpeliharalah mereka dari sebarang fitnah. 

Tenang hati kita berada di sana. Sememangnya kalau hendak menceritakan perihal penghuni kota Tarim, teramatlah banyaknya.

Sesiapa yang ingin tahu sedikit daripada kisah masyarakat Tarim bolehlah dibaca dari sebuah buku berjudul Bidadari Bumi 
– 9 Kisah Wanita Sholehah karya Ustazah Halimah al-Aydrus.

Tuesday, October 29, 2013

Perhatikan Aib Dirimu


Wahai diri..

Cubalah satu malam sahaja engkau duduk, lalu ajaklah dirimu meneliti aib diri. Jika harini engkau disanjung, dihormati, disegani, disebut-sebut namamu kerana jasa, kebaikanmu.

(Ketahuilah, bukankah ALlah yang menutup aib dirimu ?)

(Cubalah jika ALlah buka segala kejahatanmu. Agak-agaknya di mana engkau akan meletakkan wajahmu ? Mahukah engkau terima segala pujian dengan senang hati sedangkan hakikatnya engkau wajar di keji ?)

Tajamkanlah pandangan batinmu wahai diri. Duduk dan perhatikan setiap aib yang engkau ada.

Apa aib mataku ?
Apa aib telingaku ?
Apa aib lidahku ?
Apa aib tanganku ?
Apa aib kakiku ?
Apa aib perutku ?

Lebih dari itu...

Apa aib batinku ?
Apa aib jiwaku ?
Apa aib ruhku ?

Sebulan penuh mata tidak menangis kerana Allah; mata apakah ini ? Mata yang terpesona setiap kali melihat dunia ? Mata yang memandang hina orang lain dan melihat dirnya lebih hebat dibanding dengan mereka ? Atas dasar apa ?

Perhatikan telingamu.

Engkau mendengar ghibah, fitnah, adu domba, dan perkataan-perkataan cela yang lain ?
Cermatilah wahai dengan dengan saksama buat satu malam sahaja.

Berapa kali engkau menyemak ayat-ayat al Quran dengan penuh khusyuk sehingga hatimu bergetar ?
Risiklah diri pada malam ini. Anda mengaji minggu ini, bulan ini, bulan sebelumnya ?

Mungkin ada yang mengatakan tidak, dan menunda-nunda hingga bulan Ramadhan untuk melakukannya, menunggu hingga lupa tempat engkau meletakkan al Quran. Mungkin juga ada yang menjawab YA, dan beruntunglah jika engkau termasuk salah satu di antara orang-orang yang dimuliakan Allah sehingga dapat membaca al Quran.

Selanjutnya, apa hasil yang engkau petik dari bacaan itu ? Berapa ayat yang membuatkanmu berhenti membaca lalu... air matamu mengalir kerana takut kepada ALlah ?Berapakah ayat al Quran yang menggoncangkan hati engkau di saat menyemaknya ?

Jangan-jangan... engkau membaca dengan hati yang sibuk dengan hal-hal lain, sehingga engkau tidak memperhatikan apa yang diucapkan Allah kepadamu ?

Rujukan : dari kitab Ma'alim al Suluk li al Mar'ah al Muslimah, Karya Habib Ali Al Jufri, Terbitan Dar al Ma'rifah, Beirut, cet 5, 1428 H/2007M

Terjemahan : Habib Ali al Jufri, Terapi Ruhani Untuk Semua, Cet II 2012, Penerbit Zaman, Jakarta

Wednesday, September 25, 2013

Langkah pertama dalam 1st STEP !

rasenye masih belum terlambat untuk mengucapkan AHLAN WASAHLAN kepada adik2 junior sem 1 untuk sesi 2013/2014 UUM,so dengan langkah pertama mereka ke dalam UUM Sintok ni, Kelab Perkim dengan program tahunan mereka bertajuk "1st STEP" berlangsung pada minggu pertama kuliah yang telah diadakan di Masjid Badlishah dan Pusat Islam UUM selama 2 hari 1 malam. Alhamdulillah dilantik sebagai AJK aktiviti dan sedikit sebanyak coretan yang sempat ditulis dalam bingkisan ini ^_^


sesi taaruf ajk merangkap fasilitator kem 1st step

nyanyian lagu tema


sedikit cenderahati buat ustaz syukri selaku penceramah bertajuk "Him and Her in Campus" :)

ceramah pengurusan masa



barisan ajk lelaki ^_^





daripada ajk muslimat




menunggu turn nak bertaaruf(entah ape nak cakap :P )

penutupan kem 1st step dengan memperkenalkan barisan majlis tertinggi Kelab Perkim UUM 2013


sesi fotografi untuk yang terakhir kalinya bersama barisan MT Kelab Perkim UUM

R4BIA :)

p/s; tiada gambar aktiviti explorace dapat diambil.. insyaALLAH post seterusnya, Kem Kepimpinan Khalifah Islam (KUPIES) anjuran Kelab Pentadbiran Muamalat UUM ;)













Tuesday, September 17, 2013

Kunjungan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki ke Jitra dan UUM

Pada 17jun 2013 bersamaan hari isnin,kedatangan ulama tersohor nusantara,Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki ke jitra bagi meneruskan pengajian berkitab Sunan Abu Daud. majlis bermula sekitar jam 9.00 pagi di masjid Al-Muttaqin Bandar Darul Aman Jitra. ketibaan Syeikh bersama putera kesayangannya ke dalam masjid melihat keperibadian Syeikh yang tidak melupakan tanggungjawab sebagai bapa walaupun Syeikh sangat sibuk sebagai 'khadam ilmu'. Alhamdulillah majlis selesai sekitar 12.30 tengah hari.

bersama putera kesayangannya..

majlis selesai dan bertolak ke sg.petani

18jun 2013, program bual bicara bersama ulama tersohor nusantara, majlis bermula sekitar jam 10 pagi sehingga 12.30 tengahari di masjid Badlishah UUM, turut serta masyarakat sekitar jitra dan mahasiswa/wi UUM.


kumpulan qasidah soutul fateh sebagai penyambut kehadiran Tuan Guru Syeikh




bersama syeikh,pelajar madrasah repek kelantan serta Tuan Haji Shaharom,majlis dimulakan dengan solat sunat dhuha yang di imami oleh Syeikh sendiri, pembukaan majlis dengan persembahan qasidah dari kumpulan al-fateh. 2 qasidah yang sempat didendangkan iaitu solatun bilsalamil mubin dan yahanana.


ketegasan dalam penyampaian ilmu dan tinggi dalam menjaga adab menjadi syarat dalam majlis beliau, sebarang perbualan yang berlaku sewaktu majlis berlangsung,tidak teragak agak beliau sendiri menegur atas kesilapan jemaah yang tidak menjaga adab sewaktu di dalam majlis ilmu dan masjid.

antara perkara yang disentuh oleh syeikh iaitu adab di dalam masjid dan majlis ilmu, kepentingan solat jemaah, isu syiah di dunia dan malaysia, serta menjawab persoalan-persoalan jemaah seperti pandangan syeikh tentang wahhabi, syiah, dakwah kepada non-muslim dan jemaah tabligh.


majlis selesai, jemaah tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan syeikh



 mengiringi syeikh bagi sesi jamuan.


*kemera blackberry,kurang jelas ;)

tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan syeikh.

sesi fotografi

p/s; kita akan dibangkitkan bersama orang yang kita cintai kelak,semoga kami bersama ulama-ulama yang benar, menegakkan akidah sebanar ahlul sunnah waljamaah,ameen..

Saturday, March 2, 2013

ketinggian sebuah adab sebagai penuntut ilmu!

bertapa tawaduknya ustaz don danial apabila mendengar tausiah daripada Habib Ali Zainal Abidin pada majlis Maulid Bulanan.



Berilmu Tetapi Tidak Berakhlaq?
Kes 1 :

Ada seorang pelajar baru memasuki kuliah ilmu, lalu belajarlah ia dua, tiga hadith dari gurunya. Kemudian dia sudah menghafaz sedikit sebanyak ayat al Quran. Gurunya itulah satu-satunya yang dijadikan sumber rujukan. Segala-galanya yang betul datangnya dari gurunya. Pasti tiada salah. Lalu ia mula bermain dengan persoalan hukum. Sebab dirasanya diri sudah cukup ilmu untuk berfatwa. Mana-mana yang tidak berkenan atau bercanggah dengan pendapatnya dia mengatakan itu adalah sesat barat.

Sehinggakan habis dihukum ulamak yang muktabar, mujtahid adalah tersilap pandangan mereka. Dengan memberi alasan yang dirasanya paling kukuh - ulamak tidak maksum, berhujjah mestilah mengikut dalil yang paling sahih dan terkuat.

Malangnya - yang betul baginya adalah ulamak yang ia ikut, tetapi ulamak yang lain pasti salah. Pasti salah hadithnya, dan berkemungkinan aqidah ulamak itu terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah. Manakala dalil yang terkuat baginya - juga sebenarnya adalah dari apa yang ia dapat sendiri dari kitab yang ia baca. Tentunya dalil itu juga dari ulamak yang ia taksubkan.

Bermulalah era baru yang dizikirkan di bibirnya adalah - itu haram, ini bid'ah, engkau sesat!

Kes 2 :

Seorang murid, sudah diajar akhlaq oleh gurunya. Tentang adab percakapan, adab menuntut ilmu. Adab berhadapan dengan guru. Entah di mana silapnya, tetap sahaja murid itu lancang mulutnya bila berbual dengan gurunya. Tidak ada perasaan hormat. Bengkeng, bidas, dan sebagainya untuk menunjukkan dirinya yang jahil itu adalah benar.
...........................................................................................................................................................................

Tahu dan Faham

Zaman ini ada golongan pelajar yang bersemangat belajar ilmu hanya untuk tahu. Tetapi ia lupa - pengeTAHUan yang ia ada hanya sedikit. Akhirnya TAHUnya itu menjadikan ia merasa hebat. Menjadikan dirinya terasa betul. Ia tenggelam dalam TAHU tapi JAHIL akhlaq.

TAHU sahaja tidak cukup tanpa kefahaman. Orang yang hanya tahu gula itu manis, tidak sama dengan orang yang sudah merasai kemanisan gula apatah lagi dimana ia perlu digunakan kemanisan gula tersebut.

ALlah dan RasulNya mengajar kita agar mempunyai akhlak yang baik sesama manusia, samada dari segi pertuturan, perbuatan, bahkan dalam hati sendiri. Apatah lagi dengan sesama saudara Islam. Bukankah RasuluLLah diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq, bahkan akhlaq RasuluLLah itu sendiri adalah al Quran?

Kita diajar untuk beradab kepada guru-guru, ustaz-ustazah, alim ulama kerana keutamaan mereka.

قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (٩)

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
(Surah az Zumar : 9)

Bahkan di dalam urusan solat jemaah sekalipun, diutamakan adalah orang yang lebih yang mahir bacaannya di dalam al Quran.Telah dicontohkan oleh RasuluLLah di dalam peperangan Uhud, sahabat yang lebih banyak mengambil al Quran didahulukan untuk dimasukkan ke dalam liang kubur.

Dari Jabir r.a :
Sesungguhnya Nabi SallaLLahu 'alaihi wasallam telah menghimpunkan antara dua orang lelaki dari mereka-mereka yang terbunuh di dalam peperangan Uhud iaitu di kubur, kemudian baginda bersabda :"Yang manakah dari keduanya yang lebih banyak mengambil al Quran?". Apabila ditunjukkan kepada salah seorang dari keduanya, baginda mendahulukan (orang yang tersebut) ke dalam liang lahad.
(Riwayat Bukhari)

Hakikat Ilmu Yang Kita Ada

ALLahu..ALlah..

Adab sebagai pelajar, jika ilmu masih sedikit (hakikatnya ilmu manusia tiada yang banyak melainkan ALLah yang Empunya Ilmu), masih bertatih tahulah berakhlaq. Sedangkan para ulamak yang faqih, berkelana di bumi ALLah untuk mencari ribuan guru, bahkan menulis kitab-kitab yang menjadi rujukan hingga kini amat menjaga akhlaq sesama guru dan ulama yang lain. Sehinggakan sifat yang tercerna dari diri mereka menjadi ikutan bagi ulama yang takutkan ALLah.

إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ (٢٨)

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
(Surah al Fatir : 28)

Oleh itu wahai pelajar, jika para ulama yang hebat ilmunya itu sendiri amat menjaga tutur katanya, tidak bermudah-mudah berhukum dengan apa yang tidak mereka ketahui. Mengapa kita sendiri yang amat sedikit ilmu tidak belajar untuk merendahkan diri?. Adakah akhlaq itu tidak termasuk di dalam halal dan haram di dalam perhubungan sesama manusia? Sudah bolehkah kita berlaku sombong dengan ilmu yang sedikit sedangkan kita lupa ilmu yang kita ada juga boleh ditarik pada bila-bila masa?.

Ilmu tanpa akhlaq menunjukkan kita sendiri menghina ilmu yang diberi oleh ALlah.

Penulis : IbnuNafis
 (facebook page "PONDOK HABIB'S )

Monday, February 25, 2013


Bismillahirrahmanirrahim

Catatan CINTA ILMU bersama Syaikhuna Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki

Tajuk : Adab-Adab Menuntut Ilmu

1. Ikhlas hanya kerana Allah Subhanahu wa ta’ala.

2. Mempunyai adab yang sangat tinggi.

3. Tawadhu’ tidak kira pada siapa pun. Perlulah merendahkan diri terutama sekali pada hukum Allah Subhanahu wa ta’ala.

4. Bersihkan diri dari zahir dan batin yakni riak, ujub, dendam dan sifat-sfat tercela.

5. Setelah itu, barulah hiasi diri dengan sifat-sifat yang mulia. Sentiasa kemas, tampan, cantik, bagus imej yang terzahirnya. Rambutnya pendek kemas rapi, kukunya sentiasa bersih, misainya dicukur, janggutnya disimpan rapi menampakkan dirinya disenangi orang apabila dilihat. Sesungguhnya Allah itu Cantik maka kita perlulah cintakan kecantikan diri kita yang telah Allah kurniakan.

6. Lihatlah gurumu dengan penuh ta’zim dan layanlah gurumu dengan penuh kehormatan.

Berkata salah seorang daripada salafus sholeh Rahimahullahu ta’ala :
“Aku sanggup menjadi hamba kepada orang yang menyampaikan ilmu kepadaku.” 

Berkata lagi Imam As-Syafie Rahimahullahu ta’ala :
“Apabila aku membuka helaian-helaian kitabku di hadapan Imam Malik, aku membukanya dengan perlahan-perlahan kerana aku gerun kepadanya takut-takut dia mendengar bunyi kertas.”

Berkata pula Imam Abu Hanifah Rahimahullahu ta’ala : 
“Aku tidak pernah mengunjurkan kakiku ke arah rumah guruku, Imam Hammad kerana rasa hormatku kepadanya, sedangkan jarak rumahku dengan rumahnya dipisah oleh tujuh lorong.”

7. Mengapakah penuntut ilmu itu tidak digalakkan menimba ilmu hanya di tv, laptop dan mp3?
Kerana teknologi tidak akan menegur kita sekiranya kita tidak beradab. Boleh saja entum makan, minum, sambil baca surat khabar mendengar syeikh berbicara di dalam Youtube misalnya. Tiada siapa yang boleh menegur jadinya tiada wujudnya keberkatan ilmu yang diperoleh.

8. Syeikh sambung perihal adab menuntut ilmu dengan satu cerita yang melibatkan anak kepada seorang Khalifah. Semasa majlis ilmu berlangsung, anak kepada Khalifah ini bertanyakan kepada Imam Tok Guru dengan tidak beradab seolah-olah tidak hormat pada gurunya. Lalu Imam tersebut tidak memandang kepadanya apatah lagi menjawab soalan yang diajukannya. Hal ini kerana Imam tersebut mengatakan Ilmu itu lebih mulia dari dirimu wahai anak kepada Khalifah. Anak murid perlulah memandang kepada gurunya dengan ta’zim dan penuh dengan pandangan Rahmat.

9. Ada satu perkara yang belum pernah dibuat oleh penuntut ilmu pada zaman ini yang diamalkan oleh para salafaus sholeh zaman dahulu. Sebelum mereka pergi mengaji menuntut ilmu dengan guru mereka, mereka akan bersedeqah berdoa agar tok gurunya ditutupkan aib beliau yang boleh menghilangkan keberkatan ilmu. Betapa hebatnya adab para salafus sholeh ini terhadap ilmu yang dituntut.

10. Syeikh menceritakan lagi tentang Imam As-Syafie yang setelah berumur 40 tahun baru berkahwin kerana ingin memenuhkan diri dengan ilmu terlebih dahulu baru ingin berumah tangga mempunyai anak dan isteri. Syeikh menasihatkan para penuntut ilmu agar contohilah Imam As-Syafie, tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya sebelum dirimu mempunyai lagi satu tanggunggjawab yang besar yakni perkahwinan.

11. Bagaimana untuk seseorang itu melawan hawa nafsu setelah meninggalkan kejahatan?
Perlulah diri tersebut meninggalkan kawasan yang tidak mendorong dirinya berubah malah menambahkan godaan-godaan yang negative kepada tempat-tempat yang penuh dengan mahabbah, suasana Islam. Diri perlulah nekad untuk berubah. Di situ, akan adanya insan-insan yang sering mengingatkan diri apabila terleka, terlalai daripada perintah-Nya.

Ingatlah kepada semua tholibul elilm (penuntut ilmu), hendaklah setiap ilmu yang dipelajari itu diamal serta dipraktikkan selama mana kita hidup di dunia ini. Allahu ‘alam. 

Segala kekurangan dalam penulisan ini harap diperbetulkan agar dapat kita manfaatkannya bersama.

Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad.